semoga kita memperoleh manfaat daripada setiap kata-kata yang keluar dari bibir kita

Friday, May 29, 2009

Salam pembaharuan.

Atas sebab dan pertimbangan dari presiden, blog mcs yang sebelum ini telah dipadam.
Hal ini kerana banyak perkara perlu dibereskan dengan cermat.

Atas dasar keprihatinan sesama bangsa dan agama, blog ini akan selalu di kemas kini.
Tidak cukup dengan hanya berisikan aktiviti-aktiviti, blog ini juga akan disertakan dengan bermacam-macam lagi entri yang bagus-bagus. Dengan harapan sama kita jayakannya.

Sebarang cadangan, hubungi presiden atau komen sahaja. Salam pembaharuan.

Penghasilan T-shirt MCS


MCS ingin melangkah satu tapak lagi kehadapan dengan menghasilkan T-shirt rasmi MCS buat pertama kalinya. Penghasilan T-shirt ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa MCS juga mampu bergerak bersama-sama dengan kelab-kelab yang lain. Kami memerlukan sokongan dari anda semua bagi menjayakan penghasilan ini.

Buat masa ini, kami memerlukan 'designer' bagi mencorakkan T-shirt MCS ini. Kepada sesiapa yang berminat dan mempunyai idea, dalam penghasilan T-shirt ini, anda dialu-alukan untuk memberikan cadangan.

Semoga apa yang dirancangkan dapat direalisasikan. InsyaAllah...
 

©2009 INTI I.U. MCS | by TNB