semoga kita memperoleh manfaat daripada setiap kata-kata yang keluar dari bibir kita

Friday, July 31, 2009

Nisfu Sya'ba dan Solat Hajat

Salam kesatuan,

Sempena Nisfu Sya'ban yang bakal menjelang nanti, kami di pihak MCS telah mengaturkan satu program. Pada 6 Ogos 2009 bersamaan 15 Sya'ban 1430, MCS dengan sukacita menyeru ahli-ahli kelab untuk sama-sama berpuasa sunat pada hari tersebut. InsyaAllah pada sebelah malam akan diadakan majlis iftar beramai-ramai di surau dan di teruskan dengan ceramah khas dari Ustaz Kamaruddin. Makanan akan di sediakan oleh pihak MCS dan tiada bayaran dikenakan. Marilah kita bersama-sama memeriahkan sambutan Nisfu Sya'ban ini dan semoga kita dilimpahi berkat dan rahmatNya. insyaAllah..

dan,

Sempena menjelangnya peperiksaan akhir sem yang akan bermula pada minggu depan, kami di pihak MCS telah mengaturkan satu aktiviti Solat Hajat beramai-ramai pada setiap hari selepas maghrib di Surau Inti. Dengan ini, kami menjemput ahli-ahli kelab dan seluruh umat islam untuk hadir. Semoga segala ilmu yang di beri akan diberkatiNya dan kita semua mendapat hidayah dan pertolongan Allah pada hari peperiksaan nanti.insyaAllah.

Wallahua'lam..

Friday, July 24, 2009

Mari Cuba Satu!

Salam kesatuan...


Wallahualam... :)

Malam Halaqah 23 Julai 2009 : Bulan Syaaban


Salam kesatuan.

Bulan Syaaban sudah tiba meninggalkan bulan Rejab, Ramadan pula bakal menjelang selepas ini. Sempena kedatangan bulan Syaaban, Ustaz Kamarudin membincangkan tentang keistimewaan bulan Syaaban, serta peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah pada bulan Syaaban.

Bulan Syaaban adalah bulan yang istimewa yang mana disunatkan berpuasa pada bulan ini. Diceritakan bahawa Rasulullah paling banyak berpuasa pada bulan ini selepas bulan Ramadan.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”

Allah juga akan menerima taubat orang yang berpuasa pada dua bulan berturut-turut iaitu pada bulan Syaaban dan Ramadan. Syaaban bermaksud ranting, dan sesiapa yang membuat kebajikan pada bulan ini akan berpaut pada ranting-ranting pepohonan syurga yang berjuntai ke bumi pada bulan Syaaban.

“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”

Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku pada bulan Syaaban antaranya adalah kepulangan puteri Rasulullah SAW, Umi Kalthum ke rahmatullah. Satu peristiwa yang besar berlaku pada bulan ini ialah peperangan Tabuk antara tentera Islam melawan tentera Rom.

Ustaz Kamarudin membincangakan tentang tiga golongan yang disebut Allah dalam surah At-Taubah sewaktu peperangan Tabuk ini.

Golongan pertama adalah golongan yang mencari alasan untuk tidak turut sama dalam peperangan. Ayat 49 surah At-Taubah ini menunjukkan kutukan Allah bagi Jadd bin Qais yang memberi alasan untuk tidak berperang, golongan


Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: “Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah “. Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu). Dan sesungguhnya azab Jahannam meliputi orang-orang yang kafir. [9:49]


Golongan seterusnya adalah golongan munafik yang tidak mahu berperang. Orang-orang munafik telah berkumpul di rumah Suwailam, seorang yahudi bagi menyusun strategi psy-war mereka kepada tentera Islam.


Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: “Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Api neraka Jahannam lebih panas membakar”, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.[9:81]


Golongan terakhir adalah golongan yang sungguh berkeinginan untuk turut serta dalam perang tetapi tidak mampu kerana masalah seperti masalah kenderaan.


Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: “Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu”, mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah). [9:92]


Perang Tabuk berlaku sewaktu musim panas, lantas perang tabuk digelar sebagai perang kesengsaraan dan tentera mereka digelar tentera sengsara. Walaubagaimanapun sengsara mereka sewaktu peperangan, kebahagiaan yang telah Allah janjikan menanti mereka di akhirat.

Semoga bertemu lagi pada malam halaqah minggu hadapan. InsyaAllah.

Wednesday, July 22, 2009

Hijab is Our Basic Right..

It was while Marwa el-Sherbini was in the dock recalling how the accused had insulted her for wearing the hijab after she asked him to let her son sit on a swing last summer, that the very same man strode across the Dresden courtroom and plunged a knife into her 18 times.

Her three-year-old son Mustafa was forced to watch as his mother slumped to the courtroom floor.

Even her husband Elvi Ali Okaz could do nothing as the 28-year-old Russian stock controller who was being sued for insult and abuse took the life of his pregnant wife. As Okaz ran to save her, he too was brought down, shot by a police officer who mistook him for the attacker. He is now in intensive care in a Dresden hospital.

While the horrific incident that took place a week ago tomorrow has attracted little publicity in Europe, and in Germany has focused more on issues of court security than the racist motivation behind the attack, 2,000 miles away in her native Egypt, the 32-year-old pharmacist has been named the "headscarf martyr".


She has become a national symbol of persecution for a growing number of demonstrators, who have taken to the streets in protest at the perceived growth in Islamophobia in the west. Sherbini's funeral took place in her native Alexandria on Monday in the presence of thousands of mourners and leading government figures. There are plans to name a street after her.

Sherbini, a former national handball champion, and Okaz, a genetic engineer who was just about to submit his PhD, had reportedly lived in Germany since 2003, and were believed to be planning to return to Egypt at the end of the year. They were expecting a second child in January.

Unemployed Alex W. from Perm in Russia was found guilty last November of insulting and abusing Sherbini, screaming "terrorist" and "Islamist whore" at her, during the Dresden park encounter. He was fined ¤780 but had appealed the verdict, which is why he and Sherbini appeared face to face in court again.

Even though he had made his anti-Muslim sentiments clear, there was no heightened security and questions remain as to why he was allowed to bring a knife into the courtroom.

Angry mourners at the funeral in Alexandria accused Germany of racism, shouting slogans such as "Germans are the enemies of God" and Egypt's head mufti Muhammad Sayyid Tantawy called on the German judiciary to severely punish Alex W.

"Anger is high", said Joseph Mayton, editor of the English-language news website Bikya Masr. "Not since Egypt won the African [football] Cup have Egyptians come together under a common banner."

In Germany the government of Angela Merkel has been sharply criticised for its sluggish response to the country's first murderous anti-Islamic attack. The general secretaries of both the Central Council of Jews and the Central Council of Muslims, Stephen Kramer and Aiman Mazyek, who on Monday made a joint visit to the bedside of Sherbini's husband, spoke of the "inexplicably sparse" reactions from both media and politicians.

They said that although there was no question that the attack was racially motivated, the debate in Germany had concentrated more on the issue of the lack of courtroom security. "I think the facts speak for themselves," Kramer said.

The government's vice spokesman Thomas Steg rebuffed the criticism, saying not enough was yet known about the details of the incident.

"In this concrete case we've held back from making a statement because the circumstances are not sufficiently clear enough to allow a broad political response," he said, adding: "Should it be the case that this was anti-foreigner [and] racially motivated [the government] would condemn it in the strongest possible terms".

As hundreds of Arab and Muslim protesters demonstrated in Germany, and observers drew comparisons with the Danish cartoon row, Egyptian government representatives in Berlin said it was important to keep the incident in perspective.

"It was a criminal incident, and doesn't mean that a popular persecution of Muslims is taking place," Magdi el-Sayed, the spokesman for the Egyptian embassy in Berlin said.

But because it occurred just days after Nicolas Sarkozy gave a major policy speech denouncing the burka, many Egyptians believe the death of Sherbini is part of a broader trend of European intolerance towards Muslims.

The German embassy in Cairo has sought to calm the situation, organising a visit of condolence by the ambassador to the victim's family and issuing a statement insisting that the attack did not reflect general German sentiment towards Egyptians.

There have been repeated calls by protesters for the German embassy to be picketed. The Egyptian pharmacists' syndicate said it is considering a week-long boycott of German medicines.

The victim's brother, Tarek el-Sherbini, labelled Germany as a "cold" country when interviewed by a popular talk show host. Media pundits such as Abdel Azeem Hamad, editor of the daily al-Shorouk newspaper, have attributed the western media's disinterest in the story to racism, arguing that if Sherbini had been Jewish the incident would have received much greater attention.

Politicians in Egypt have been scrambling to ride the groundswell of popular feeling. But some commentators have criticised reaction to the murder as a convenient distraction for the unpopular regime of President Hosni Mubarak, which is currently being challenged by a nationwide series of strikes and sit-ins.

"The tragedy of Marwa el-Sherbini is real, as is anti-Arab racism in Europe and elsewhere, but ... her death has been recruited to channel resentment of the west, Danish-cartoon style," the popular blogger The Arabist said.

Saturday, July 18, 2009

Sambutan Israk Mikraj


Salam kesatuan

Sempena Israk Mikraj yang bakal menjelang nanti, kami di pihak MCS telah mengaturkan satu program. Pada 20 Julai 2009 bersamaan 27 Rejab 1430, MCS dengan sukacita menyeru ahli-ahli kelab untuk sama-sama berpuasa sunat pada hari tersebut. InsyaAllah pada sebelah malam akan diadakan majlis iftar beramai-ramai di surau dan di teruskan dengan ceramah Israk Mikraj dari Ustaz Kamaruddin. Makanan akan di sediakan oleh pihak MCS dan tiada bayaran dikenakan. Marilah kita bersama-sama memeriahkan sambutan Israk Mikraj ini dan semoga kita dilimpahi berkat dan rahmatNya. insyaAllah..

Wallahua'lam..

Masjid Kubah Batu (Pelancaran), di tengah-tengah Masjidil Aqsa, Palestin. Di sini tempat pelancaran kenderaan Buraq membawa Rasulullah saw ke Sidratul Muntaha, menembusi 7 petala langit dan Baitul Makmur.Hari ini ia ditawan oleh Yahudi yang dilaknat Allah swt. Pembebasannya sebelum Hari Kiamat dijamin Allah swt.

Wednesday, July 15, 2009

Kod Pakaian Malam Kesatuan

salam kesatuan

Bagi kod pakaian untuk malam kesatuan, para hadirin di minta berpakaian kemas dan santai (smart and casual). Tidak terlalu formal dan tidak terlalu santai. Pemakaian seluar pendek dan selipar jepun sama sekali di tegas. Track suit juga tidak dibenarkan. Kerjasama kalian amat di hargai.

Daripada Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "sesiapa yg meninggalkan pakaian yang indah dengan tujuan merendah diri kepada Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka daripada berbagai-bagai pakaian orang yang beriman. ( Attarmidzi )

Saturday, July 11, 2009

Israk Mikraj Dan Pengajarannya

Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.


Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.


Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam kita wajib mempercayai dan menyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.


Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Q.S. Al-Israa’: 1).


Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:


“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(Q.S. An-Najm: 13-18).


Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.



Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.


Waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :


“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Hud: 114).


Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy.


Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya.


Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW.


Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:


  1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan.
  2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan.
  3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji.
  4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia.
  5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui.
  6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua.
  7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda


Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :


“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”

(Q.S. An-Nahl: 43).


Friday, July 10, 2009

Tentatif Malam Kesatuan

Salam kesatuan

Berikut diterangkan secara ringkas tentatif malam kesatuan. InsyaAllah.

Tentatif program

8.45 pm - Solat isyak berjemaah di surau INTI
9.00 pm - Ketibaan Tetamu dan Ahli Kelab
9.30 pm - Ucapan Selamat Datang oleh Pengerusi Kelab
9.45 pm - Ucapan dari Student Affairs Office Officer, Ms. Lilian
10.00 pm - Ucapan dari Penasihat Kelab, Encik Kamaruddin
10.15 pm - Persembahan Multimedia
10.30 pm - Jamuan makan bermula
10.45 pm - Persembahan Istimewa oleh ahli kelab
11.00 pm - Upacara penyampaian hadiah bagi pemenang aktiviti di Cherating
Aktiviti dan Permainan
11.45 pm - Bersurai


Semua dijemput hadir.
Wallahualam.

Wednesday, July 8, 2009

Malam Halaqah


Salam kesatuan.

Pada setiap minggu, diadakan satu majlis halaqah di surau Inti University College bagi tujuan perkongsian ilmu dan menambahkan lagi ilmu agama bagi umat Islam di sini.

Tarikh : Setiap hari Khamis (malam Jumaat)

Masa : Selepas solat maghrib

Tentatif :
7.30 - Solat Maghrib Berjemaah
8.00 - Bacaan Surah Yasiin
8.10 - Ceramah
9.00 - Solat Isyak Berjemaah
9.30 - Jamuan Ringan

Penceramah : Ustaz Kamaruddin

Semua dijemput hadir tidak kira bangsa dan agama.

Sebagaimana badan (jasmani) kita memerlukan makanan, begitu juga rohani kita. Maka ilmu adalah makanan rohani kita. Sama-sama kita imarahkan, sama-sama kita suburkan, Islam di bumi Inti UC.

Daripada Abu Darda', bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ''Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak"

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)


Thursday, July 2, 2009

Malam Kesatuan

Salam Kesatuan.

Ucapan terima kasih kepada ahli MCS yang memberikan kerjasama dalam segala aktiviti yang telah dijalankan. Sekali lagi, MCS akan mengadakan satu lagi aktiviti yang saban kali dilakukan setiap semester iaitu "Gathering Night". Malam ini diadakan bagi merapatkan lagi silaturrahim sesama Melayu di INTI UC.

sehubungan dengan itu, Malam Kesatuan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 15 Julai 2009

Tempat: MPH Rooftop

Masa: 9.00 malam

Bayaran sebanyak RM 8.00 dikenakan untuk seorang bagi menampung perbelanjaan program ini. Tentatif program pada malam tersebut akan di pamerkan di blog ini dalam jangka waktu yang terdekat.

Sila berikan nama dan bayaran kepada sesiapa yang ingin memeriahkan majlis kepada:

Blok A
Fairuz (0197739491)
Muhammad (0132002983)

Blok H
Ashraf (0136108001)

Blok P
Amir (0172581550)
Hasan

Blok R
Syazwan (0137473631)

Blok S
Aina (0126994520)

Sebarang pertanyaan tentang program ini sila berhubung dengan saudara Akbar (0173958734)
 

©2009 INTI I.U. MCS | by TNB