semoga kita memperoleh manfaat daripada setiap kata-kata yang keluar dari bibir kita

Monday, March 22, 2010

"Gateway to US and Aussie"

Salam Kesatuan.
Alhamdulillah bertemu lagi kita pada kali ini. Buat pengetahuan semua, MCS akan mengadakan satu program anjuran bersama ISMA. Program ini diberi nama "Gateway to United State and Australia" yang akan diadakan pada 3 April 2010 bermula jam 9.15 am hingga 1.00 pm. InsyaAllah, mengikut perancangan, program ini akan dijalankan secara keseluruhan di Surau INTI. Oleh itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput semua ahli MCS, tidak kira senior mahupun junior untuk menyertainya. Eloklah andai ramai senior yang menyertai program ini memandangkan masih banyak pengalaman belajar di luar negara yang perlu dicedok sebelum berangkat ke United State tidak lama lagi. Program ini adalah PERCUMA. Jadi, marilah beramai-ramai menjayakan program ini. Sebelum terlupa, penceramah yang akan berucap terdiri daripada graduan-graduan daripada United State dan Australia. Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Objektif program :
  • mendedahkan pelajar mengenai cara hidup sebagai seorang pelajar di luar negara
  • mendapatkan maklumat-maklumat penting tentang negara yang bakal dituju
  • menjawab persoalan-persoalan yang berlegar di minda setiap peserta yang bakal berangkat ke luar negara [US dan AUS]

p/s: untuk slot "sharing session", peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diasingkan mengikut negara yang akan dituju serta jantina untuk memudahkan proses "Q&A" kepada fasilitator.

Sebarang pertanyaan bolehlah diutarakan di sini.

Sekian, terima kasih daun keladi.

Sunday, March 21, 2010

Pesta Buku Datang Lagi

Salam Kesatuan.

Alhamdulillah pada tahun ini masih ramai yang berpeluang untuk meraikan minat membaca dengan wujudnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Pelbagai genre buku terdapat di sana. Rugilah andai tidak menjengah ke sana kerana terdapat lebih daripada 1000 buku yang dijual. Kepada peminat-peminat buku, jangan lepaskan peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Tambahan pula, diskaun-diskaun yang ditawarkan amatlah menarik minat kita untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 2 buah buku. Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk melestarikan budaya membaca sebagai gaya hidup masa kini.

Jika kita melihat dari konteks Islam, ayat pertama yang diturunkan adalah dalam surah Al-'Alaq, ayat 1-5 :
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya."

Semoga daripada pembacaan itu, kita mampu menimba lebih banyak ilmu. Bukan sahaja ilmu duniawi, bahkan InsyaAllah kita akan memperoleh ilmu ukhrawi. Diharapkan segala ilmu yang dicari itu mendapat keberkatanNya. Amin.

Jom ramai-ramai ke Pesta Buku.
 

©2009 INTI I.U. MCS | by TNB