(Ringkasan dari tazkirah mingguan 16 September 2009)
Syawal, bulan yang ditunggu-tunggu umat Islam sekalian alam bagi meraikan kejayaan menahan diri di bulan Ramadan. Namun begitu, bulan Syawal tidak lah setakat itu sahaja, tetapi banyak lagi peristiwa di bulan Ramadan yang kita, umat Islam terutama di Malaysia selalu sahaja terlepas pandang.
Syawal bukan sahaja untuk bersuka ria dan berhibur tetapi juga untuk mengingati beberapa peperangan yang berlaku di bulan ini, iaitu perang Uhud, Khandak dan Hunain. Syawal juga bererti 'terangkat' yang memberi signifikan bahawa terangkatnya dosa dan kewajipan puasa daripada umat Islam.
Kita Melayu yang beragama Islam dengan meriah sekali menyambut Hari Raya Aidilfitri di Malaysia. Sambutan yang meriah menjadi sebahagian daripada adat dan budaya orang Melayu. Dalam kemeriahan kita menyambut, kadangkala kita melebihkan yang wajib dari yang sunat, sehinggakan kita sanggup membazir demi yang sunat itu sedangkan yang wajib diabaikan.
Setelah sebulan membina taqwa melalui puasa, sepatutnya taqwa akan menjadi bekalan kita di bulan Syawal. Ini adalah beberapa perkara sunat yang selalu juga dilebih-lebihkan daripada yang wajib.
- Memakai baju baru
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian untuk perhiasan; tetapi pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). [7:26]
- Memakai wangi-wangian
- Memakai ihram untuk haji
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). [2:197]
- Duit raya dan zakat
Banyak lagi perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan di pagi Syawal seperti mandi sunat Syawal, solat sunat Aidilfitri dan membaca surah Al-A'la.
Semoga Syawal kita tahun ini, bukan sahaja dihiasi pakaian baru yang indah, tetapi juga pakaian taqwa di dalam diri yang lebih bermakna dari mana-mana pakaian sekalipun.
Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri (dengan beriman). Dan mengingat nama Tuhannya, lalu dia solat. [87:14-15]
Kami, dari pihak Malay Cultural Society INTI UC, mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam khususnya ahli-ahli persatuan ini.
Salam kemaafan, salam lebaran.
Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment