semoga kita memperoleh manfaat daripada setiap kata-kata yang keluar dari bibir kita

Monday, September 28, 2009

Pembayaran Jamuan Hari Raya

Salam Kesatuan.

Pembayaran bagi Jamuan Hari Raya boleh dibuat mulai sekarang kepada nama-nama berikut :

  • Blok R dan P - Syazwan Miswan
  • Blok S - Afeshuhaida Othman
  • Blok A (perempuan) - Nor Rabi'ah binti Mohd Nawawi
  • Blok A (lelaki) - Salahuddin (junior)
  • Selain blok-blok ini, sila hubungi Syazwan Miswan atau Afeshuhaida Othman.

Terima kasih atas kerjasama. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Thursday, September 17, 2009

Jamuan Hari Raya

Wednesday, September 16, 2009

Syawal: Wajib dan sunat

Salam kesatuan.

(Ringkasan dari tazkirah mingguan 16 September 2009)

Syawal, bulan yang ditunggu-tunggu umat Islam sekalian alam bagi meraikan kejayaan menahan diri di bulan Ramadan. Namun begitu, bulan Syawal tidak lah setakat itu sahaja, tetapi banyak lagi peristiwa di bulan Ramadan yang kita, umat Islam terutama di Malaysia selalu sahaja terlepas pandang.

Syawal bukan sahaja untuk bersuka ria dan berhibur tetapi juga untuk mengingati beberapa peperangan yang berlaku di bulan ini, iaitu perang Uhud, Khandak dan Hunain. Syawal juga bererti 'terangkat' yang memberi signifikan bahawa terangkatnya dosa dan kewajipan puasa daripada umat Islam.

Kita Melayu yang beragama Islam dengan meriah sekali menyambut Hari Raya Aidilfitri di Malaysia. Sambutan yang meriah menjadi sebahagian daripada adat dan budaya orang Melayu. Dalam kemeriahan kita menyambut, kadangkala kita melebihkan yang wajib dari yang sunat, sehinggakan kita sanggup membazir demi yang sunat itu sedangkan yang wajib diabaikan.

Setelah sebulan membina taqwa melalui puasa, sepatutnya taqwa akan menjadi bekalan kita di bulan Syawal. Ini adalah beberapa perkara sunat yang selalu juga dilebih-lebihkan daripada yang wajib.

  • Memakai baju baru
Memakai baju baru adalah sunat di Hari Raya, namun ia hanya sekadar sunat, bukanlah satu kewajipan, tetapi yang wajib adalah penutupan aurat. Tidak kisah lah bagaiman bentuk pakaian kita sekalipun, asalkan ia menepati ciri-ciri menutup aurat yang digariskan Islam.

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian untuk perhiasan; tetapi pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). [7:26]

  • Memakai wangi-wangian
Memakai wangi-wangian di pagi Syawal adalah disunatkan. Namun janganlah terlalu berlebihan bagi kaum hawa agar ia tidak menimbulkan fitnah.

  • Memakai ihram untuk haji
Pada bulan Syawal, telah bermulalah tempoh untuk memakai ihram bagi haji. Bagi yang ingin menunaikan haji, pemakaian ihram adalah pada bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.

(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). [2:197]

  • Duit raya dan zakat
Duit raya adalah sunat, tetapi zakat adalah kewajipan. Tidak akan diterima puasa orang yang tidak membayar zakat fitrah. Sunat untuk memberi duit raya kepada anak-anak kerana Rasulullah SAW juga gemar berbuat demikian.

Banyak lagi perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan di pagi Syawal seperti mandi sunat Syawal, solat sunat Aidilfitri dan membaca surah Al-A'la.

Semoga Syawal kita tahun ini, bukan sahaja dihiasi pakaian baru yang indah, tetapi juga pakaian taqwa di dalam diri yang lebih bermakna dari mana-mana pakaian sekalipun.

Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri (dengan beriman). Dan mengingat nama Tuhannya, lalu dia solat. [87:14-15]

Kami, dari pihak Malay Cultural Society INTI UC, mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam khususnya ahli-ahli persatuan ini.

Salam kemaafan, salam lebaran.

Wallahualam.

Monday, September 7, 2009

Pembetulan (Program Iftar Jam'i)

Salam kesatuan.

Pembetulan bagi tentatif program iftar jam'i. Ucapan yang pada awalnya dirancang selepas maghrib akan diadakan pada pukul 7.oo p.m.

Berikut adalah tentatif yang terbaru.

7.00 p.m. - Ucapan dari wakil INTI UC

7.19 p.m. - Berbuka ringan di surau

7.24 p.m. - Solat maghrib secara berjemaah

7.45 p.m. - Makan berat di dining hall

8.45 p.m. - Solat Isyak dan solat sunat tarawih secara berjemaah


Juga, akan diadakan tazkirah pada hari Rabu selepas asar sebagai aktiviti mingguan sepanjang bulan Ramadan ini.

Terima kasih.
wallaualam

Thursday, September 3, 2009

Program Iftar Jam'i

Salam Kesatuan.

Pada Rabu, 9 September 2009, akan diadakan iftar jam'i iaitu majlis berbuka puasa secara beramai-ramai anjuran MCS dan MSS (Muslim Student Society). Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan muslim di INTI UC serta merapatkan lagi hubungan sesama saudara Islam.

Berikut adalah tentatif program:

Tarikh: 9 September 2009 (Rabu)

Tentatif:

7.19 p.m. - Berbuka ringan di surau

7.24 p.m. - Solat maghrib secara berjemaah

7.45 p.m. - Makan berat di dining hall

8.15 p.m. - Ucapan dari wakil INTI UC

8.45 p.m. - Solat Isyak dan solat sunat tarawih secara berjemaah

Semua ahli Malay Cultural Society khasnya dan semua muslim amnya dijemput hadir. Marilah bersama-sama kita merapatkan lagi hubungan sesama saudara semuslim kita di INTI UC. Semoga program ini berjaya mencapai objektifnya.

Wallahualam.
Terima kasih.

Thursday, August 20, 2009

kesilapan muslim dalam bulan ramadhan


Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya.. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya :
"Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda.
"Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya :
"Dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya :
"Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)


4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya
"Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936).

Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.


5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.


6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka,
"Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari.

Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)


11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,
Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.


Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad SAW menceritakan :-

Ertinya :
Menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram. Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.


13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya :
"Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya :
"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)


Sunday, August 9, 2009

~Tempahan T-Shirt MCS~

salam kesatuan.

MCS telah menghasilkan T-shirt buat julung kalinya. Anggaran harga T-Shirt adalah RM30 dan ke bawah. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli baju T-shirt MCS ini, sila hantarkan butiran diri anda ke alamat email ini >mcsinti@hotmail.com<. Butiran-butiran tersebut adalah :
1) Nama
2) No. Telefon
3) No. bilik
4) Saiz baju
5) Lengan Panjang/Pendek
6) Kuantiti

Tarikh tutup penempahan : 22 ogos 2009.

Wallahualam..

Friday, July 31, 2009

Nisfu Sya'ba dan Solat Hajat

Salam kesatuan,

Sempena Nisfu Sya'ban yang bakal menjelang nanti, kami di pihak MCS telah mengaturkan satu program. Pada 6 Ogos 2009 bersamaan 15 Sya'ban 1430, MCS dengan sukacita menyeru ahli-ahli kelab untuk sama-sama berpuasa sunat pada hari tersebut. InsyaAllah pada sebelah malam akan diadakan majlis iftar beramai-ramai di surau dan di teruskan dengan ceramah khas dari Ustaz Kamaruddin. Makanan akan di sediakan oleh pihak MCS dan tiada bayaran dikenakan. Marilah kita bersama-sama memeriahkan sambutan Nisfu Sya'ban ini dan semoga kita dilimpahi berkat dan rahmatNya. insyaAllah..

dan,

Sempena menjelangnya peperiksaan akhir sem yang akan bermula pada minggu depan, kami di pihak MCS telah mengaturkan satu aktiviti Solat Hajat beramai-ramai pada setiap hari selepas maghrib di Surau Inti. Dengan ini, kami menjemput ahli-ahli kelab dan seluruh umat islam untuk hadir. Semoga segala ilmu yang di beri akan diberkatiNya dan kita semua mendapat hidayah dan pertolongan Allah pada hari peperiksaan nanti.insyaAllah.

Wallahua'lam..
 

©2009 INTI I.U. MCS | by TNB