semoga kita memperoleh manfaat daripada setiap kata-kata yang keluar dari bibir kita

Monday, September 28, 2009

Pembayaran Jamuan Hari Raya

Salam Kesatuan.

Pembayaran bagi Jamuan Hari Raya boleh dibuat mulai sekarang kepada nama-nama berikut :

  • Blok R dan P - Syazwan Miswan
  • Blok S - Afeshuhaida Othman
  • Blok A (perempuan) - Nor Rabi'ah binti Mohd Nawawi
  • Blok A (lelaki) - Salahuddin (junior)
  • Selain blok-blok ini, sila hubungi Syazwan Miswan atau Afeshuhaida Othman.

Terima kasih atas kerjasama. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Thursday, September 17, 2009

Jamuan Hari Raya

Wednesday, September 16, 2009

Syawal: Wajib dan sunat

Salam kesatuan.

(Ringkasan dari tazkirah mingguan 16 September 2009)

Syawal, bulan yang ditunggu-tunggu umat Islam sekalian alam bagi meraikan kejayaan menahan diri di bulan Ramadan. Namun begitu, bulan Syawal tidak lah setakat itu sahaja, tetapi banyak lagi peristiwa di bulan Ramadan yang kita, umat Islam terutama di Malaysia selalu sahaja terlepas pandang.

Syawal bukan sahaja untuk bersuka ria dan berhibur tetapi juga untuk mengingati beberapa peperangan yang berlaku di bulan ini, iaitu perang Uhud, Khandak dan Hunain. Syawal juga bererti 'terangkat' yang memberi signifikan bahawa terangkatnya dosa dan kewajipan puasa daripada umat Islam.

Kita Melayu yang beragama Islam dengan meriah sekali menyambut Hari Raya Aidilfitri di Malaysia. Sambutan yang meriah menjadi sebahagian daripada adat dan budaya orang Melayu. Dalam kemeriahan kita menyambut, kadangkala kita melebihkan yang wajib dari yang sunat, sehinggakan kita sanggup membazir demi yang sunat itu sedangkan yang wajib diabaikan.

Setelah sebulan membina taqwa melalui puasa, sepatutnya taqwa akan menjadi bekalan kita di bulan Syawal. Ini adalah beberapa perkara sunat yang selalu juga dilebih-lebihkan daripada yang wajib.

  • Memakai baju baru
Memakai baju baru adalah sunat di Hari Raya, namun ia hanya sekadar sunat, bukanlah satu kewajipan, tetapi yang wajib adalah penutupan aurat. Tidak kisah lah bagaiman bentuk pakaian kita sekalipun, asalkan ia menepati ciri-ciri menutup aurat yang digariskan Islam.

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian untuk perhiasan; tetapi pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). [7:26]

  • Memakai wangi-wangian
Memakai wangi-wangian di pagi Syawal adalah disunatkan. Namun janganlah terlalu berlebihan bagi kaum hawa agar ia tidak menimbulkan fitnah.

  • Memakai ihram untuk haji
Pada bulan Syawal, telah bermulalah tempoh untuk memakai ihram bagi haji. Bagi yang ingin menunaikan haji, pemakaian ihram adalah pada bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.

(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). [2:197]

  • Duit raya dan zakat
Duit raya adalah sunat, tetapi zakat adalah kewajipan. Tidak akan diterima puasa orang yang tidak membayar zakat fitrah. Sunat untuk memberi duit raya kepada anak-anak kerana Rasulullah SAW juga gemar berbuat demikian.

Banyak lagi perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan di pagi Syawal seperti mandi sunat Syawal, solat sunat Aidilfitri dan membaca surah Al-A'la.

Semoga Syawal kita tahun ini, bukan sahaja dihiasi pakaian baru yang indah, tetapi juga pakaian taqwa di dalam diri yang lebih bermakna dari mana-mana pakaian sekalipun.

Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri (dengan beriman). Dan mengingat nama Tuhannya, lalu dia solat. [87:14-15]

Kami, dari pihak Malay Cultural Society INTI UC, mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam khususnya ahli-ahli persatuan ini.

Salam kemaafan, salam lebaran.

Wallahualam.

Monday, September 7, 2009

Pembetulan (Program Iftar Jam'i)

Salam kesatuan.

Pembetulan bagi tentatif program iftar jam'i. Ucapan yang pada awalnya dirancang selepas maghrib akan diadakan pada pukul 7.oo p.m.

Berikut adalah tentatif yang terbaru.

7.00 p.m. - Ucapan dari wakil INTI UC

7.19 p.m. - Berbuka ringan di surau

7.24 p.m. - Solat maghrib secara berjemaah

7.45 p.m. - Makan berat di dining hall

8.45 p.m. - Solat Isyak dan solat sunat tarawih secara berjemaah


Juga, akan diadakan tazkirah pada hari Rabu selepas asar sebagai aktiviti mingguan sepanjang bulan Ramadan ini.

Terima kasih.
wallaualam

Thursday, September 3, 2009

Program Iftar Jam'i

Salam Kesatuan.

Pada Rabu, 9 September 2009, akan diadakan iftar jam'i iaitu majlis berbuka puasa secara beramai-ramai anjuran MCS dan MSS (Muslim Student Society). Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan muslim di INTI UC serta merapatkan lagi hubungan sesama saudara Islam.

Berikut adalah tentatif program:

Tarikh: 9 September 2009 (Rabu)

Tentatif:

7.19 p.m. - Berbuka ringan di surau

7.24 p.m. - Solat maghrib secara berjemaah

7.45 p.m. - Makan berat di dining hall

8.15 p.m. - Ucapan dari wakil INTI UC

8.45 p.m. - Solat Isyak dan solat sunat tarawih secara berjemaah

Semua ahli Malay Cultural Society khasnya dan semua muslim amnya dijemput hadir. Marilah bersama-sama kita merapatkan lagi hubungan sesama saudara semuslim kita di INTI UC. Semoga program ini berjaya mencapai objektifnya.

Wallahualam.
Terima kasih.
 

©2009 INTI I.U. MCS | by TNB