semoga kita memperoleh manfaat daripada setiap kata-kata yang keluar dari bibir kita

Wednesday, February 24, 2010

Maulidur Rasul Celebration


(click on the picture to enlarge)

Highlight

8.30 : Recitation
9.30 : Speech / Talk by Ustaz Kamarudin
12.00 : Lunch

Description

Maulidur Rasul ("Prophet’s birthday") refers to the birthday of Prophet Mohamed [peace be upon him ("pbuh")] which was on the 12th day of the Rabiul Awal month. For this year, 2010, 12th Rabiul Awal fell on the 26th of February. By commemorating the birthday of Prophet Mohamed (pbuh), Muslims are reminded of the Prophet’s way of life and the true teachings of God (Allah) as embodied in the Al-Quran, which is for the good of the global community, for all mankind. And in this way also their love for Prophet Mohamed (pbuh) is enhanced.


Everyone is invited.
Wassalam

Tuesday, February 16, 2010

Friendly Comparative Religion


Assalamualaikum wbt buat sahabat-sahabat. Semoga sentiasa berada dalam nafas iman dan Islam. InsyaAllah satu program yang diberi nama Friendly Comparative Religion, ataupun lebih dikenali sebagai FCR akan diadakan di kolej kita. Program ini dikendalikan oleh sebuah NGO Islam, Islamic International Services aka IIS yang bertapak di Setiawangsa. Secara rawak, program ini menjurus kepada topik pengenalan tentang agama-agama di Malaysia, terutamanya Kristian. Namun, kita juga akan mempelajari teknik-teknik bagaimana menangkis anasir-anasir yang cuba menjatuhkan agama kita. Bukankah itu amat menarik?

Untuk makluman semua, program ini terbahagi kepada tiga fasa. Program yang bakal diadakan di INTI ini adalah fasa pertama, atau lebih molek dilabelkan sebagai fasa pengenalan. Selepas fasa pertama, peserta bolehlah menyertai fasa kedua dan ketiga. Menariknya pada fasa ketiga, peserta akan dibawa ke gereja atau mana-mana tempat ibadah bagi penganut agama lain untuk didedahkan kepada agama mereka secara realiti.

Tambahan pula, bayaran yang dikenakan adalah berpatutan memandangkan program asal FCR ini mengenakan bayaran sebanyak RM100 untuk melayakkan seseorang itu bergelar peserta. Oleh itu, rebutlah peluang ini yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup.

Untuk maklumat lanjut mengenai program FCR bolehlah menghubungi,
  • Syazwan junior
  • Siti Farhana
  • Salahuddin Sanusi
(seperti yang tertera pada poster)

dan untuk mendapatkan huraian program, sila emailkan kepada gp_redna@yahoo.com.my.

Sekian, Wassalam..

 

©2009 INTI I.U. MCS | by TNB