semoga kita memperoleh manfaat daripada setiap kata-kata yang keluar dari bibir kita

Monday, March 22, 2010

"Gateway to US and Aussie"

Salam Kesatuan.
Alhamdulillah bertemu lagi kita pada kali ini. Buat pengetahuan semua, MCS akan mengadakan satu program anjuran bersama ISMA. Program ini diberi nama "Gateway to United State and Australia" yang akan diadakan pada 3 April 2010 bermula jam 9.15 am hingga 1.00 pm. InsyaAllah, mengikut perancangan, program ini akan dijalankan secara keseluruhan di Surau INTI. Oleh itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput semua ahli MCS, tidak kira senior mahupun junior untuk menyertainya. Eloklah andai ramai senior yang menyertai program ini memandangkan masih banyak pengalaman belajar di luar negara yang perlu dicedok sebelum berangkat ke United State tidak lama lagi. Program ini adalah PERCUMA. Jadi, marilah beramai-ramai menjayakan program ini. Sebelum terlupa, penceramah yang akan berucap terdiri daripada graduan-graduan daripada United State dan Australia. Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Objektif program :
  • mendedahkan pelajar mengenai cara hidup sebagai seorang pelajar di luar negara
  • mendapatkan maklumat-maklumat penting tentang negara yang bakal dituju
  • menjawab persoalan-persoalan yang berlegar di minda setiap peserta yang bakal berangkat ke luar negara [US dan AUS]

p/s: untuk slot "sharing session", peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diasingkan mengikut negara yang akan dituju serta jantina untuk memudahkan proses "Q&A" kepada fasilitator.

Sebarang pertanyaan bolehlah diutarakan di sini.

Sekian, terima kasih daun keladi.

3 comments:

Risham said...

mampukah surau menampung kapasiti pelajar yang ada?

Risham said...

-komen ini sekadar bertanya & dapat ' update follow-up' ke emel-

MCS said...

insyaAllah surau mampu menampung kepasiti pelajar.

disebabkan ini juga pihak kami ingin mendapatkan kepastian daripada pelajar yang akan menyertai program ini supaya proses pemilihan tempat akan berjalan lancar.

update akan diuar-uarkan di sini dan juga facebook MCS.

 

©2009 INTI I.U. MCS | by TNB